DAP gesa Kerajaan semak semula dasar penggunaan senjata api
TERJEMAHAN Selain anggota polis dan tentera, kerajaan mesti berhenti membekalkan senjatapi kepada pegawai penguatkuasa yang tidak terlatih, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
TERJEMAHAN Selain anggota polis dan tentera, kerajaan mesti berhenti membekalkan senjatapi kepada pegawai penguatkuasa yang tidak terlatih, kata Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Tanjung berkata, kerajaan perlu mengkaji semula dasarnya membekalkan senjata api itu kerana pegawai yang tidak terlatih boleh menyalahgunanya dan mengancam keselamatan umum.
Chow membuat gesaan itu sebagai mengulas kejadian Khamis lalu di mana seorang pegawai penguatkuasa Jabatan Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna, menembak seorang penjual VCD sewaktu melancarkan sgerakan membanteras jualan VCD haram di Pulau Pinang.
Yeoh Yew Jin, 19, yang sedang dirawat di Hospital Adventis Pulau Pinang, kini berada keadaan kritikal.
Semalam, peguam Jagdeep Singh Deo telah menfailkan saman bagi pihaknya di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang terhadap pegawai terbabit dan juga kerajaan.
Yeoh menuntut RM10,000 bagi gantirugi khas dan gantirugi umum yang lain yang tidak disebut jumlahnya.
Dakwaan pertahan diri
Jagdeep mendakwa pegawai tersebut, Mohd Zabidi Hassan, 48, telah melanggar undang-undang apabila melepas tembakan dari jarak dekat terhadap pelanggannya ketika gerakan tersebut pada jam 9.15 malam di sebuah gerak VCD di tepi jalan.
Peluru itu menembusi dada Yeoh dan seterusnya terkena Chow Heng Khow, 52, yang sedang makan bersama keluarganya di restoran berdekatan. Dia juga sedang dirawat di hospital yang sama dan keadaannya dilaporkan stabil.
Mohd Zabidi juga dikatakan melepaskan satu lagi tembakan yang hampir-hampir mengenai seorang penjual mi dan terkena dinding restoran berhampiran.
Pegawai penguatkuasa itu mendakwa dia melepaskan tembakan tersebut untuk mempertahankan dirinya apabila Yeoh dan rakan-rakanya cuba menyerangnya dengan kayu pemukul besbol. Bagaimanapun, polis belum menemui kayu pemukul tersebut.
Sebelum ini, Mohd Zabidi juga mendapat perhatian apabila beliau didakwa mengacu pistol ke arah seorang peniaga dan sekumpulan orang ramai ketika melakukan satu serbuan, juga dikatakan untuk mempertahankan diri.
Langkah terakhir
Sehubungan itu, Chow berkata kejadian tersebut berpunca daripada dasar senjatapi kerajaan.
"Kerajaan mesti menghadkan pembekalan senjata api hanya kepada pasukan tentera dan polis kerana mereka dilatih secara profesional untuk menggunanya, dan tidak seperti pegawai di jabatan perdagangan dalam negeri," katanya.
Sementara itu, Jagdeep, yang juga pengerusi biro undang-undang DAP Pulau Pinang berkata, kerajaan patut membekalkan 'stun gun' (pistol kejutan elektrik) dan cota kepada pegawai dari jabatan penguatkuasa yang lain.
"Pistol boleh mengakibatkan kematian. Penggunanya mesti dilatih secara profesional supaya menggunakannya secara bertanggungjawab dan pada masa dan tempat yang betul, dan juga sebagai langkah terakhir untuk mempertahankan diri daripada ancaman.
"Pada masa yang sama, mereka juga tahu bagaimana menjaga senjatapi mereka kerana nyawa mereka bergantung kepadanya," tambah beliau.
----------------------------------------------------------------------------
ATHI VEERANGGAN adalah pemberita sambilan malaysiakini di Pulau Pinang

