Mungkin dipecat jika Muhyiddin buat lagi, kata Tengku Adnan
Setiausaha Agung Umno Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor tidak menolak kemungkinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat sekiranya beliau masih melakukan perkara yang boleh merosakkan parti.
Semalam, Majlis Tertinggi Umno telah memutuskan untuk menggantung Muhyiddin dari jawatan timbalan presiden Umno sehingga pemilihan parti yang akan datang.
"Kalau dia buat lagi lah, tunggu je la," kata beliau ketika ditanya sama ada terdapat rancangan untuk memecat Muhyiddin.
Tengku Adnan sebelum itu memberitahu pemberita, sekiranya Muhyiddin terus dengan cara-caranya yang boleh "melemahkan dan merosakkan parti", beliau yakin lembaga disiplin boleh ambil tindakan untuk memecatnya.
'Terpulang kepada lembaga disiplin kalau dia masih lagi melakukan perkara-perkara yang akan merosakkan parti," katanya.

