Malaysiakini
BERITA

‘Bekas AG membisu buktikan urus niaga SRC ada unsur jenayah’

Diterbitkan
Dikemaskini 29 Feb 2016, 4:24 pagi

Tindakan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang memilih untuk menutup mulut menguatkan hujah bahawa beliau ada memberitahu bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai penglibatan Datuk Seri Najib Razak dalam isu dana RM42 juta milik SRC International yang disalurkan ke dalam akaun peribadi perdana menteri.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kenyataannya itu berdasarkan hakikat bahawa Gani tidak menafikan dakwaan Muhyiddin yang berkata wujudnya salah laku dalam urus niaga berkenaan.

“Pendirian Ghani mendiamkan diri membuktikan kenyataan Muhyiddin yang mendedahkan beliau memberitahu Muhyiddin sebagai timbalan perdana menteri semasa masih menjawat jawatan peguam negara adalah benar.

“Jika pendedahan Muhyiddin itu adalah fitnah terhadap Ghani sudah tentu beliau boleh menafikan kenyataan Muhyiddin dan mengambil tindakan saman fitnah terhadap Muhyidin,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya, penyingkiran Muhyiddin dan juga Gani adalah tindakan pintas dan pantas Najib menghalang pendakwaan terhadap dirinya.

Pendedahan terbaru oleh Muhyiddin itu, katanya, bertepatan saranan panel Penilaian Operasi (PPO) Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang mengarahkan suruhanjaya itu mengemukakan semula kertas siasatan kes SRC kepada peguam negara.

“Ini membuktikan PPO mendapati terdapat bukti kes untuk pendakwaan terhadap Najib.

“Pendedahan Muhyiddin juga suatu bukti menunjukkan peguam negara sekarang telah mencalar nama baik institusi Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja yang melantik beliau.

“Pendedahan itu juga menyebabkan persepsi umum yang peguam negara melindungi penjenayah?” katanya.

Muhyiddin membuat pendedahan itu sehari selepas dirinya digantung sebagai timbalan presiden Umno.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan