Gerakan Selamatkan Malaysia menggesa kerajaan untuk segera menerima tawaran peletakan jawatan daripada lembaga pengarah firma pelaburan negara 1MDB.

Pengarah Pusat bagi Memerangi Rasuah dan Kronisme (C4) Cynthia Gabriel, berkata ini berdasarkan pengumuman terkini International Petroleum Investment Company (IPIC) yang berpangkalan di Abu Dhabi untuk menarik diri daripada perjanjian menyelamatkan 1MDB, kerana mendakwa firma itu gagal mematuhi syarat perjanjian mereka.

"Pengumuman itu pada dasarnya mengesahkan apa yang PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) kata tentang kegagalan pengarah 1MDB untuk melaksanakan tugas mereka.

"Adalah penting sekarang bagi kerajaan menerima tawaran peletakan jawatan oleh semua pengarah 1MDB kerana gagal menjalankan tugas fidusiari mereka," katanya pada sidang akhbar di Petaling Jaya pagi ini.

Lembaga pengarah 1MDB pada 7 April lalu secara kolektif menawarkan peletakan jawatan berikutan pengumuman laporan PAC yang mendedahkan salah urus dalam firma yang dibebani hutang itu.

[Baca berita penuh]