Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MB T'ganu batal program, minta tanya PM sendiri
Diterbitkan:  Apr 27, 2016 4:14 PM
Dikemaskini: 11:09 AM

Kecuali mesyuarat exco hari ini, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman dilapor membatalkan semua program yang sepatutnya dihadiri beliau sehingga Sabtu.

Beliau sepatutnya merasmikan Karnival Usahawan Anak Terengganu 2016 pada Jumaat dan mesyuarat agung tahunan Yayasan Guru Malaysia Berhad pada Sabtu.

Kedua-dua program di Gong Badak.

Utusan Online melaporkan pergerakan Razif gagal dikesan semalam dan beliau juga difahamkan tidak terlibat dengan jadual atau program rasmi kerajaan sebagaimana lazim.

Perkara itu menimbulkan persoalan sama ada akan berlaku perubahan pucuk kepimpinan Terengganu.

Sementara itu, berbeza dengan tahun lalu, Utusan Online juga melaporkan tiada atur cara sambutan Hari Keputeraan Sultan Mizan di negeri itu.

Dalam perkembangan terbaru, setiausaha politik kepada menteri besar Dr Mohd Rozailan Ibrahim @ Mamat dilapor menafikan Razif telah membatalkan semua acara rasminya.

Beliau berkata Razif akan terus menjalankan tugas-tugas rasmi seperti biasa.

Sementara itu, akhbar Umno itu juga melaporkan Razif menyerahkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjawab persoalan berhubung kemelut politik yang sedang berlaku.

‘’Kena tanya PM sendiri,’’ beliau dipetik sebagai berkata kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kuala Terengganu.

Lihat Komen
ADS