Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penerbit Hollywood anak tiri PM hadir acara PERMATA
Diterbitkan:  May 31, 2016 2:15 PM
Dikemaskini: 6:19 AM

Anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak – Riza Aziz – yang syarikatnya menerbitkan filem Hollywood The Wolf of Wall Street dikesan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur pagi ini.

Riza hadir dalam sidang antarabangsa PERMATA. Ibu beliau, Rosmah Mansor, yang juga isteri perdana menteri ialah penaung program pendidikan awal kanak-kanak itu.

Riza kini sedang menjadi perhatian antarabangsa susulan kontroversi melandanya baru-baru ini.

 

 

 


Pemberita bagaimanapun tidak berjaya mendapat ulasannya kerana Riza meninggalkan majlis lebih awal ketika perdana menteri sedang berucap.

Media antarabangsa, termasuk harian kewangan terkenal The Wall Street Journal, sebelum ini mengupas kemunculan mengejut Riza ke persada Hollywood dengan filem yang dicalonkan untuk Anugerah Oscar.

Ia membangkitkan persoalan berhubung sumber dana bekas akauntan itu.

WSJ mendakwa penyiasat di dua negara percaya AS$155 juta daripada syarikat sarat hutang 1MDB berakhir di Red Granite Pictures pada 2012 melalui aliran rumit termasuk melibatkan syarikat puar pesisir.

Red Granite Pictures bagaimanapun menegaskan dananya berpunca daripada sumber yang sah.

Riza juga dilapor memperoleh harta tanah mewah AS$33.5 juta di New York dan AS$17.5 juta di Los Angelas, Amerika Syarikat.

Sidang PERMATA hari ini, yang dirasmikan Najib, turut dihadiri oleh anaknya Nooryana Najwa Najib dan menantu Daniyar Nazarbayev.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS