Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
RUU Hadi ciptaan manusia, bukan hukum Tuhan, kata Kit Siang
Diterbitkan:  Jun 12, 2016 12:15 PM
Dikemaskini: 4:19 AM

Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang menegaskan bahawa Rang Undang-undang (RUU) anggota persendirian mengenai Akta 355 oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai rang undang-undang buatan manusia yang cuba diperlihatkan seolah-olah ia adalah daripada Allah Taala.

"RUU hudud oleh Abdul Hadi adalah dicipta oleh dirinya sendiri, ia bukan undang-undang Tuhan. Ia adalah undang-undang buatan manusia. Itulah sebabnya ia boleh dipinda ," katanya pada sidang akhbar.

"Malah, Kanun Jenayah Syariah Kelantan II Enakmen 2015 adalah undang-undang PAS. Jika ia adalah undang-undang Allah, maka ia tidak boleh dipinda ," katanya.

"Oleh itu, saya fikir ada keperluan untuk dibincangkan perkara ini."

Sambil mengakui adalah sukar untuk orang Islam menentang apa yang dipanggil hukum Allah, beliau berkata, namun, adalah lebih mudah untuk mereka menentang RUU Abdul Hadi itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS