Tindakan semasa Tun Dr Mahathir Mohamad menjawab dengan sendirinya sama ada bekas perdana menteri itu telah mengkhianati orang Melayu, menurut seorang menteri Umno.

Khususnya, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Mahathir kini bersekongkol dengan DAP untuk perjuangan konsep 'Malaysian Malaysia' dan pluralisme agama.

"Saya tidak mahu (komen), tetapi jika beliau sudah bersama dengan Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang, itu cukup untuk membuktikannya.

"Jika beliau dengan kumpulan yang mahu menolak hak-hak istimewa orang Melayu , Islam dan sebagainya, maka cukup untuk menjawab dengan sendiri," ujar Ismail.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kenyataan Mahathir bahawa orang Melayu secara membuta tuli menyokong Umno menunjukkan Mahathir adalah pengkhianat Melayu.

[Baca berita penuh]