Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Putus segera, tak guna cakap pom pang pom pang’

PAS Terengganu menggesa ADUN Kijal, Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil, Ghazali Taib untuk membuat keputusan segera sama ada mahu meninggalkan Umno atau sebaliknya.

Menurut Pesuruhjayanya, Satiful Bahari Mamat yang juga adalah ADUN Paka, sultan hanya akan membuat keputusan sekiranya pembangkang di negeri itu memperolehi majoriti dengan dua ADUN berkenaan meninggalkan Umno.

"Bola di kaki dia, selagi tak buat tak selesai.

"Yang penting sekarang Ahmad Said (perlu) keluar parti. Tak guna cakap pom pang pom pang dan biarkan perkara ini berulang panjang dan libatkan orang dan negeri Terengganu.

"Kalau Ahmad Said dan Ghazali keluar (Umno), BN di Dewan akan jadi minoriti dan akan berlaku perubahan.

“Kita sedia ambil alih dan istana akan panggil kita untuk tentukan siapa ada majoriti di Dewan," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Ahmad Said yang adalah bekas menteri besar Terengganu dilaporkan mengancam untuk keluar daripada Umno dan bekerjasama dengan PAS.

Manakala Ghazali pula mengkritik pentadbiran di bawah Menteri Besar Ahmad Razif Abdul Rahman tetapi memberitahu bahawa beliau tidak akan meninggalkan Umno.

Ketika ini, dengan Ahmad Said dan Ghazali masih di dalam Umno, parti Melayu itu mempunyai 17 kerusi manakala PAS 14 dan PKR 1.

Pada sidang DUN Mac lalu, Speaker Datuk Mohd Zubir Embong menolak usul Ahmad Said yang membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif.

Bagaimanapun usul tersebut gagal kerana didakwa tidak memberi notis sekurang-kurangnya 14 hari sebelum pembentangan usul berkenaan.

"Dewan bersidang dalam 18 Ogos selama satu hari. Tak ada usul dari dia (Ahmad Said)," katanya lagi.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS