Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Saman qazaf, Anwar buat aduan Shafee tokok tambah kes liwat

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadu kepada Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di Shah Alam bahawa peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah menokok-tambah mengenai kes liwat ketika menyampaikan ceramah anjuran Pemuda Umno tahun lalu.

Menurut bekas pemimpin pembangkang itu, butiran tokok tambah oleh Shafee itu bukan sebahagian daripada prosiding dalam perbicaraan liwat II dan menambah beliau bersedia untuk memberikan dokumen kepada mahkamah untuk membuktikannya.

Anwar juga menegaskan kejadian liwat itu tidak berlaku seperti yang didakwa oleh Shafee, walaupun Mahkamah Persekutuan tahun lalu mengekalkan sabitan bersalah ke atas ketua umum PKR itu dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Ketika memberi keterangan dalam saman qazafnya (mengenai saksi palsu) terhadap Shafee hari ini, Anwar memberitahu Hakim Mohamed Fouzi Mokhtar bahawa beliau difahamkan mengenai ucapan Shafee ketika menjalani hukuman penjara.

"Dr Wan Azizah Wan Ismail, isteri saya, dan peguam Fadhlina Sidek beritahu saya mengenai ceramah tersebut," katanya.

Anwar juga mengemukakan beberapa laporan berita, masing-masing dari Malaysiakini, Free Malaysia Today dan artikel Utusan Online, berhubung ceramah yang diadakan oleh Shafee pada 17 Februari di Kelana Jaya.

Beliau juga mengemukakan salinan rakaman Malaysiakini mengenai kata-kata Shafee itu.

Sebelum ini beberapa pihak dan individu, termasuk Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) membuat laporan qazaf (tuduhan zina tanpa saksi) berhubung ucapan Shafee yang memperincikan aksi mesra sebelum perhubungan seks antara Anwar dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Sebahagian ulama Islam menganggap bukan sahaja zina, tuduhan liwat juga termasuk dalam kesalahan qazaf.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS