Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Chegubard diberi 14 hari jika mahu rayu pemecatan

Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali sebagai ‘Chegubard’ kini sah bukan lagi anggota PKR selepas keputusan rasmi mengenai pemecatan beliau dikeluarkan pada 23 Ogos lalu.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh berkata Chegubard mempunyai masa selama 14 hari bagi membuat rayuan ekoran pemecatan itu.

“Sebenarnya sudah ada keputusan rasmi (mengenai pemecatan Chegubard) selepas Biro Politik PKR dimaklumkan pada 23 Ogos. (Bagaimanapun) saya yang terlepas pandang.

“Pada masa sama surat pemecatan diminta dihantar kepada Chegubard dan beliau mempunyai tempoh 14 hari untuk merayu,” kata Syed Ibrahim kepada Malaysiakini hari ini.

Terdahulu Malaysiakini melaporkan PKR belum memutuskan memecat Chegubard kerana didakwa melanggar disiplin parti itu dan menunggu keputusan Majlis Pimpinan Pusat.

[Baca berita penuh]


Nota Editor: Berita asal bertajuk 'Chegubard masih ahli PKR, tunggu keputusan MPP' telah digantikan selepas Ketua Penerangan PKR, Syed Ibrahim Syed Noh mengakui terlepas pandang dan memberi kenyataan yang tidak tepat.

Lihat Komen
ADS