Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Teo, jangan politikkan kerja polis siasat Ali Tinju'

Ketua Polis Negara (IGP), Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini memberi amaran kepada semua pihak daripada 'mempolitikkan' isu-isu berkaitan siasatan polis.

Khalid secara khususnya merujuk kepada tindakan Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching yang mempersoalkan ketiadaan tindakan polis terhadap ugutan bunuh yang didakwa dilakukan oleh veteran tentera, Mohd Ali Baharom terhadap Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.

"Saya ingatkan Teo Nie Ching agar tidak membuat kenyataan politik (atas kerja-kerja polis)," kata Khalid kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan di ibu pejabat polis Bukit Aman di Kuala Lumpur.

Beliau sebelum itu berkata, polis telah memulakan siasatan terhadap Mohd Ali yang lebih dikenali sebagai Ali Tinju di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

"Kami juga sedang menyiasat Maria Chin di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang memudaratkan sistem demokrasi berparlimen menerusi penganjuran BERSIH 5," ujar Khalid lagi.

Teo pada Sabtu lalu bertanya mengapa, selepas 48 jam, pihak berkuasa tidak melakukan siasatan terhadap kenyataan Ali Tinju yang dikatakan mengancam keselamatan pemimpin BERSIH itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS