Tindakan dua anggota polis yang terjun ke dalam parit besar untuk menyelamatkan mangsa kemalangan di Kepala Batas, Pulau Pinang, awal pagi ini mendapat pujian daripada pelbagai pihak.

Menurut laman Facebook, Penang Kini, kedua-dua anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Prai Utara menggadai nyawa mengharungi air kotor demi membantu menyelamatkan mangsa kemalangan di Bertam Indah, Kepala Batas pada kira-kira jam 4.30 pagi.

Dalam kemalangan itu, kereta yang dinaiki pasangan berkenaan terbabas ke dalam parit besar sehingga menyebabkan si suami patah kaki dan tulang belakang manakala isterinya hanya cedera ringan sahaja.

Penang Kini juga berkata pihak polis sedang mempertimbangkan kenaikan pangkat atau memberi anugerah kepada kedua-dua anggota itu yang hanya dikenali sebagai Konstabel Firdaus dan Konstabel Hairi.

[Baca berita penuh]