Malaysiakini BERITA

Bekas PM Itali beri amaran bahaya nasionalisme

Hazlan Zakaria

Diterbitkan  |  Dikemaskini

Bekas Perdana Menteri Itali Enrico Letta memberi amaran bahawa trend kebangkitan nasionalisme di Eropah, yang juga berlaku di Asia, boleh membawa kesan negatif yang akan menyebabkan masalah untuk tahun mendatang.

"Saya rasa nasionalisme adalah perasaan yang buruk kami alami hari ini," Letta memberitahu Malaysiakini di luar acara pembentangan Persatuan Itali-Asean di kampus bandar Universiti Kuala Lumpur Jumaat lalu.

Enrico berkata demikian ketika diminta mengulas ucapan pembentangan beliau yang mengatakan nasionalisme adalah satu halangan kepada integrasi serantau, dalam konteks nasionalisme yang semakin meningkat di Eropah dan juga keadaan yang berlaku sama di Asia Tenggara.

Letta menjelaskan bahawa kebangkitan nasionalisme berlaku apabila ahli-ahli politik yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan daripada keadaan ekonomi dan sosial yang makin teruk untuk kepentingan politik.

"Sesetengah nasionalisme meningkat kerana ia keadaan biasa, apabila terdapat peningkatan pengangguran, ketegangan sosial dan kekurangan pertumbuhan.

"Dan ahli politik tanpa nilai dan idea akan bercakap kepada perut pengundi, melahirkan kebimbangan pengundi. Mereka menaikkan nasionalisme," katanya

[Baca berita penuh]