Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images

Bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang sedang disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA), berharap dirinya tidak akan menerima nasib yang sama seperti Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli yang dihukum penjara, semalam.

"Walaupun saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada Rafizi, saya harap saya tidak akan menerima nasib yang sama," katanya selepas menghabiskan dua jam di Bukit Aman untuk merakamkan kenyataannya.

"Ini kerana saya percaya apabila saya bercakap di Parlimen, saya mempunyai hak untuk bercakap dan saya mempunyai imuniti.

"Saya berharap pihak berkuasa memahami keseluruhan latar belakang apa yang saya katakan," katanya.

Beliau ditanya sama ada dirinya bimbang akan menerima nasib yang sama seperti Rafizi, yang didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 18 bulan di bawah OSA kerana mendedahkan halaman sembilan laporan Audit Negara mengenai sisatan 1MDB.

Muhyiddin sedang disiasat di bawah Seksyen 8 Akta OSA dan Seksyen 4 Akta Hasutan kerana perbahasan bajet yang dibuatnya pada 26 Oktober yang menyentuh mengenai 1MDB.

Beberapa anggota parlimen pembangkang hadir untuk bersetiakawan dengan Muhyiddin. Antaranya termasuk Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Sementara itu anggota parlimen Sepang, Hanipa Maidin (gambar), berkata tidak menjadi kesalahan bagi mana-mana anggota parlimen berucap mengenai Akta Rahsia Rasmi (OSA).

Jelasnya, ini kerana anggota parlimen dilindungi imuniti dan ia tidak boleh didakwa.

Menurut Hanipa, seseorang anggota parlimen hanya boleh diambil tindakan sekiranya mengeluarkan perkataan berbaur hasutan dalam Dewan Rakyat.

"Ucapan dari Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) tiada langsung unsur hasutan dan sekiranya apa yang dikatakan beliau itu ada menyentuh rahsia rasmi dalam aturan mesyuarat, apa-apa perkara berkait rasmi, tidak boleh didakwa mengikut OSA.

"Kalau ucapan itu berbaur hasutan baru boleh diambil tindakan. Kerana selagi bercakap dalam Dewan Rakyat, anggota parlimen dilindungi imuniti," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai Muhyiddin, Datuk Seri Husni Hanadzlah (Tambun) dan Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna) yang dipanggil pihak polis ekoran tindakan mereka menyentuh isu 1MDB ketika berbahas di Dewan Rakyat.

Selain itu, Hanipa turut meminta Tan Sri Pandikar Amin Mulia menulis surat kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana siasatan terhadap ketiga-tiga bekas menteri itu bermula ekoran kenyataan speaker Dewan Rakyat berkenaan.

"Saya ingin menyuruh speaker menulis surat kepada ketua polis negara supaya berhenti memanggil anggota parlimen untuk diambil keterangan.

"Speaker kata dia tak boleh buat demikian sedangkan kita tahu semua senario ini dimulakan oleh beliau.

"Saya percaya sekiranya beliau tidak buat sebarang kenyataan, polis tidak mungkin memanggil ahli-ahli parlimen itu (untuk siasatan)," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS