Pada usia 15 tahun, beliau telah menghafal Al-Quran. Beliau kemudiannya memperoleh tig ijazah kelas pertama dalam bidang matematik, perakaunan dan syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) sebelum merangkul sarjana MBA dari Perancis dan akhirnya PhD dari Harvard.

Kini, dengan menjadi ketua pegawai eksekutif untuk sebuah entiti berasaskan wakaf, SU Corporation, Firdaus bergerak dari London ke New York dengan menggunakan jet peribadi untuk memuktamadkan pembelian pejabat korporat di sebelah Menara Trump di New York.

Dalam penerbangannya, beliau meneguk espresso sambil berbual dengan bunya Fatimah dari Baling, Kedah yang memakai tudung merah belian anaknya itu dari sebuah butik di Milan.

Walaupun hanya menggunakan telefon bimbit Nokia lama, Fatimah mendengar perkhabaran anaknya akan pulang pada hujung minggu ini untuk memberi bantuan kepada keluarga miskin.

Firdaus yang berjaya - yang percaya bangsanya adalah istimewa - adalah personaliti yang menghiasi risalah keluaran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

Risalah berkenaan diedarkan di luar perhimpunan agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur.

Seorang pegawai KPT berkata, buku itu tidak berkaitan dengan pelan Transformasi Negara 2050 (TN50) yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.

"Kami yang cetuskan idea asal, walaupun PM mengambil beberapa idea daripadanya," kata pegawai itu kepada Malaysiakini.

[Baca berita penuh]