Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Jabatan Peguam Negara bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), untuk menangguhkan pendengaran merit cabaran Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar dan pengundi berhubung persempadanan semula.

Hakim Azizul Azmi Adnan tidak membenarkan penangguhan itu kerana tidak ada keadaan khas untuk berbuat demikian.

Beliau membuat keputusan itu dalam kamar selepas mendengar hujah Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan yang mewakili SPR dan A Surendra dan Aliff Benjamin, yang mewakili Nurul Izzah dan pengundi.

Berikutan itu, pendengaran bagi permohonan Nurul Izzah dan pengundi itu akan didengar pada 15 Februari.

Bagaimanapun, ini mungkin bergantung kepada keputusan rayuan SPR di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Hakim Azizul untuk memberikan kebenaran bagi mendengar kes itu berdasarkan meritnya.

[Baca berita penuh]