Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Grab tangani isu tambang kadar rata RM110 dari Genting

Grab telah menyelesaikan isu pada aplikasinya yang sebelum ini menetapkan kadar rata hanya RM110 untuk perjalanan dari Genting ke mana-mana sahaja destinasi di Semenanjung Malaysia.

Ini berikutan aduan oleh pemandu di sidang akhbar oleh Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) awal minggu ini.

Semakan Malaysiakini mendapati ia telah diselesaikan dan kadar rata RM110 tidak lagi terpakai untuk perjalanan dari Genting ke destinasi di luar Lembah Klang.

Bagaimanapun, ia tidak jelas sama ada Grab akan membayar pampasan kepada pemandu bagi kehilangan pendapatan ekoran masalah pada sistem tersebut.

Dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini, Ketua Grab Malaysia, Sean Goh berterima kasih pemandu yang membangkitkan isu tambang tersebut, dan berkata ia telah diselesaikan.

Ketika dihubungi, beberapa pemandu Grab yang menghadiri sidang akhbar IKHLAS lega kerana masalah itu telah ditangani.

"Sekarang sekurang-kurangnya sesetengah pemandu (Grab) tidak akan terlalu memilih mengambil penumpang dari Genting kerana tambangnya adalah lebih realistik. Terima kasih kepada Grab kerana telah menyelesaikan isu itu," kata pemandu Grab, Mohd Gha Zaidi.

Contohnya, debelum ini, tambang perjalanan dari Genting ke Johor Bharu ialah RM110 tidak termasuk tol. Sekarang, tambangnya ialah RM577.

Seorang lagi pemandu Grab, yang hanya mahu dikenali sebagai Shah, berharap Grab juga dapat segera menangani isu penalti menolak permintaan perjalanan.

Pemandu didenda RM1 setiap kali mereka menolak permintaan perjalanan, yang menurut sesetengah pemandu telah menjejaskan pendapatan mereka.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS