Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tony Pua gesa PAS S'gor sertai Umno sebagai pembangkang
Diterbitkan:  May 12, 2017 10:42 AM
Dikemaskini: 3:01 AM

Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua geli hati dengan keputusan PAS Selangor untuk kekal dengan kerajaan negeri Selangor tanpa kerjasama politik dengan PKR.

Menulis di Facebook, Pua menggesa PAS Selangor melepaskan kedudukan dalam kerajaan negeri dan duduk dengan Umno di bangku pembangkang.

"Jika tiada hubungan politik, kenapa duduk dalam kerajaan campuran? Duduk dalam pembangkang dengan Umno lah," tulisnya di Facebook.

Selepas majlis syura PAS mengumumkan ia mengekalkan keputusan muktamar parti itu untuk memutuskan hubungan politik dengan PKR, Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi berkata semalam bahawa mereka bersetuju dengan keputusan itu.

Sallehan, bagaimanapun berkata anggota exco parti itu dalam kerajaan negeri akan kekal dalam kedudukan masing-masing tetapi tidak akan mempunyai hubungan politik dengan PKR.

Wakil PAS di Selangor tidak akan mengambil bahagian dalam perbincangan politik dengan parti-parti Pakatan Harapan mengenai perkara yang berkaitan dengan pilihan raya umum, termasuk peruntukan kerusi, katanya.

Rakan Pua dalam DAP, Datuk Teng Chang Khim, yang juga exco kanan kerajaan negeri berkata semalam bahawa beliau tidak mempunyai masalah dengan PAS kekal dalam exco negeri.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS