Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita

PKR hari ini membayangkan tiada sebarang perubahan dalam kerajaan negeri Selangor selepas menteri besarnya, Datuk Seri Azmin Ali menemui tiga exco PAS semalam.

Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, biro politik parti itu telah diberikan taklimat dan menerima penjelasan Azmin walaupun PAS telah memutuskan hubungan dengan Pakatan Harapan.

"Biro Politik KEADILAN turut bersetuju dengan pendekatan menteri besar Selangor untuk menjamin kestabilan kerajaan negeri menjelang PRU 14 dan meneruskan usaha membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU 13," katanya.

Wan Azizah berkata demikian dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan parti itu di Ibu Pejabat PKR malam ini.

Muenurut Wan Azizah, PKR juga yakin terhadap kepimpinan Azmin untuk terus menerajui kerajaan Selangor dan melaksanakan pembangunan di negeri itu.

PAS pada masa ini mempunyai tiga exco di Selangor - iaitu ADUN Chempaka, Iskandar Samad, ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dan ADUN Sijangkang Ahmad Yunus Hairi.

Azmin semalam bertemu dengan ketiga-tiga mereka bersama Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi, sempena lawatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke Sekinchan.

Sallehen kemudian menafikan wujud perbincangan mengenai jawatan exco negeri semasa pertemuan tersebut.

Kedudukan exco PAS menjadi tumpuan selepas parti Islam itu memutuskan hubungan politik dengan PKR.

Lihat Komen
ADS