Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Dakwaan dibayar 400%: Zenith tepis Rahman Dahlan

Firma yang dianugerahkan projek membina tiga jalan raya dan terowong menghubungkan Pulau Pinang ke Seberang Prai menafikan tuduhan Pasukan Komunikasi Strategik BN (BNSC) bahawa mereka mendapat lebihan bayaran selaku perunding.

Pengerusi Konsortium Zenith Construction Sdn Bhd (Zenith) Datuk Zarul Ahmad Zulkifly berkata, firma beliau telah dibayar RM305 juta untuk kajian kemungkinan dan reka bentuk terperinci (FSSD) manakala Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang melibatkan kerja-kerja sivil dan struktur pula bernilai RM129.612 juta.

"Yuran profesional sebanyak RM129.612 juta adalah bersamaan 2.36 peratus daripada kos keseluruhan projek bernilai RM5.49 bilion.

"2.36 peratus adalah dalam skala yuran BEM," kata Zarul yang menjelaskan angka RM5.49 bilion tidak termasuk pengambilan tanah, kos FSDD dan EIA.

Beliau berkata, sebahagian daripada projek itu seperti lebuh raya dan terowong adalah sangat teknikal dan memerlukan penglibatan perunding asing khusus kerana tidak ada pakar tempatan.

"Oleh itu, yuran mereka menjadi sukar untuk diberikan penanda aras kerana institusi profesional di Malaysia tidak mempunyai skala standard yuran bagi perunding khas untuk dirujuk.

"Oleh itu, yuran mereka perlu diberikan penanda aras berbanding yuran standard antarabangsa," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS