Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Surat guaman Azmin tuntut IGP bawa pulang Jho Low

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menuntut pihak polis untuk mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho, atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB.

Peguam Latheefa Koya berkata surat tuntutan rasmi telah dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam dengan notis 14 hari untuk beliau bertindak.

"Kami telah diarahkan oleh MB (Azmin) untuk mengeluarkan notis berkaitan dengan cara untuk menahan dan membawa pulang Jho Low ke Malaysia dengan bantuan Interpol," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini.

Latheefa, yang diiringi peguam N Surendran, berkata tuntutan itu dibuat kerana adalah dipercayai bahawa tidak ada sebarang usaha setakat ini untuk membawa pulang Jho Low.

"Jika IGP gagal mematuhi, maka Azmin akan memfailkan tindakan selanjutnya di mahkamah," kata Surendran.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS