Paling Popular
Terkini

Tidak ada apa-apa yang perlu dimalukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selepas nama beliau dikaitkan dengan keturunan dari India.

Naib Ketua Pemuda Umno Khairul Azwan Harun berkata apa yang disebut Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad lalu adalah kebenaran berlandaskan fakta.

"Apa yang disebut mengenai keturunan Dr Mahathir adalah satu kebenaran dan fakta. Jadi kenapa susah sangat?

"Adakah Dr Mahathir malu sangat untuk menerima dan mengakui dia berketurunan Iskandar Kutty? Kenapa malu sangat?

"Jangan malu keturunan asal," kata Khairul Azwan pada sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Ketika merasmikan majlis penutup mesyuarat Umno Kelana Jaya Ahad lalu, Zahid mengungkit sejarah Dr Mahathir yang berketurunan India dan mendakwa bekas perdana menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun sepanjang pentadbirannya.

Zahid, yang juga menteri dalam negeri, menunjukkan salinan kad pengenalan Mahathir, yang memaparkan namanya sebagai "Mahathir a/l Iskandar Kutty".

Bagaimanapun, setiausaha akhbar timbalan perdana menteri itu mendakwa mesej utama Zahid tidak disampaikan dengan baik, malah disensasikan.

Katanya, Ahmad Zahid sebenarnya mahu Umno tidak diperalatkan demi kepentingan peribadi.

Lihat Komen
ADS