Berita Malaysiakini

'2 tahun rogol anak sendiri, 3 kali sehari'

Alyaa Azhar  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Seorang lelaki berdepan 631 tuduhan merogol, meliwat dan melakukan penderaan seksual terhadap anak kandungnya sendiri.

Mangsa, remaja perempuan 15 tahun, didakwa diperlakukan begitu tiga kali sehari, hampir setiap hari dalam tempoh dua tahun lalu.

Timbalan pendakwa raya Nordalina Ali dan Aimi Syazwani Sarmin berkata perbuatan itu dilakukan secara rutin.

“Kenyataan (remaja itu) berdasarkan ingatan.

“Ia sudah jadi kebiasaan tanpa gagal,” kata Nordalina kepada Malaysiakini.

Bagaimanapun untuk hari ini pihak pendakwaan cuma sempat membacakan 182 daripada 631 pertuduhan berkenaan.

Pertuduhan selebihnya akan dibacakan esok di mahkamah khas jenayah seksual kanak-kanak.

[Baca berita asal]