Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mengakui kekalahan BN pada pilihan raya umum (PRU) ke-12 pada tahun 2008 berpunca daripadanya.

Bagaimanapun, Khir Toyo bertanya kembali Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkaitan kekalahan lebih besar parti BN lima tahun selepas itu.

"Pilihan raya umum 2008 OK, salah saya. Tetapi pilihan raya 2013 baru-baru ini kan kita BN kalah lebih teruk di Selangor. Jadi tanya Ku Nan kenapa pula itu?

"Tanya Ku Nan PRU13 kenapa? Salah saya lagi ke?" soal Khir ketika dihubungi Malaysiakini.

Khir mengulas kenyataan Tengku Adnan bahawa antara punca kekalahan BN pada PRU12 adalah akibat kemarahan rakyat terhadap beliau.

Berucap ketika merasmikan merasmikan Persidangan Umno Petaling Jaya Utara semalam berkata isu seperti pencerobohan kuil dan anugerah penyapu kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) mencetuskan kemarahan rakyat terhadap Khir.

Tengku Adnan berkata demikian ketika meminta BN Selangor mengenal pasti kelemahan mereka selepas gagal merampas kembali negeri itu pada PRU ke-13.

Pada 2013, PKR, DAP dan PAS mengekalkan kuasa di Selangor setelah memenangi 44 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, manakala BN pula memang di 12 kerusi.

Bukan itu sahaja, gabungan parti-parti itu juga berjaya menambah lapan lagi kerusi.


Berkaitan: Jangan pijak mereka yang diam

Lihat Komen
ADS