Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

ULASAN BN Selangor masih tidak tahu mengapa mereka kalah teruk dalam pilihan raya 2013. Mereka beranggapan kekalahan BN Selangor pada 2008 kerana saya.

Mereka lupa BN juga kalah di Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Wilayah Persekutuan.

Lalu mereka perlu singkirkan saya untuk memberi imej gemerlapan dan gemilang kepada BN Selangor.

Saya dibicara dan dipenjarakan. Malangnya pada 2013 tanpa saya, BN Selangor kalah lagi teruk.

BN rampas Perak dan Kedah, namun nyaris kalah di Terengganu. BN Terengganu tinggal majoriti dua kerusi.

Masalah dalam BN dan Umno ialah mereka tidak berani membuat penilaian sebenar, hidup dalam kepura-puraan mengenai persepsi rakyat.

Mereka bersorak menang besar di Sungai Besar. Sebelum pilihan raya kecil semua diminta bersatu dan membantu parti. Selepas menang, jasa dan sumbangan milik orang tertentu sahaja.

Pilihan raya kecil Sungai Besar, undi yang diterima calon BN, Budiman Mohd Zohdin hanyalah 16,800 undi berbanding undi yang diterima oleh allahyarham Noriah Kasnon sebanyak 18,695 undi.

Bayangkan undi merosot hampir 2,000.

Jadi kuat di mana kita? Kuat hanya kerana pihak musuh berpecah, Jika esok mereka bersatu, apa strategi kita?


DR MOHAMAD KHIR TOYO bekas menteri besar Selangor. Tulisan ini disiarkan kali pertama di Facebook beliau.

Ia adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.


Khir Toyo pulangkan paku buah keras pada Ku Nan
Ku Nan persalahkan Dr Khir atas kekalahan BN di Selangor

Lihat Komen
ADS