Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Anggota Parlimen DAP, Lim Lip Eng menafikan bahawa Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mhd Amin Nordin Abd Aziz bertemu dengannya tahun lepas untuk membincangkan mengenai aplikasi mudah alih trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), eDrive.

Lim menolak laporan Bernama yang memetik kenyataan Mhd Amin dengan menyatakan ia seperti "berita palsu".

"Aplikasi itu dilancarkan pada bulan Julai. Tak mungkin beliau bertemu dengan saya tahun lepas untuk membincangkan isu ini.

"Beliau pasti tersilap saya dengan Lim lain dari MCA atau Gerakan," kata Lim dalam sidang akhbar di ibu pejabat DAP di Kuala Lumpur hari ini.

Apabila ditanya mengenai laporan itu sekali lagi, Lim menafikan pertemuan itu berlaku dan secara berseloroh menyatakan beliau mungkin mempunyai "kembar".

Naib Presiden DAP, Teresa Kok yang juga hadir dalam sidang akhbar itu menegaskan pertemuan biasa yang diadakan antara Mhd Amin, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan anggota-anggota parlimen Wilayah Persekutuan tidak berlaku kebelakangan ini.

"Kami tak menerima jemputan untuk hadir dah mesyuarat lebih setengah tahun. Bila mereka tak jumpa kita, itulah sebab kami adakan sidang media dan pergi ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kok percaya mesyuarat tersebut tidak diadakan kerana anggota-anggota parlimen akan membuat aduan mengenai pelbagai isu, antaranya peningkatan jumlah bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur.

Lim semalam menggesa SPRM menyiasat mengapa RM2.9 juta wang pembayar cukai digunakan untuk membangunkan aplikasi berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS