Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K’jaan berjaya ketepi saman RM100 juta keluarga Altantuya

Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengketepikan saman RM100 juta yang difailkan oleh keluarga warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu berhubung kematiannya.

Saman itu difailkan pada tahun 2007 oleh bapa Altantuya, Setev Shaariibuu dan dua orang anaknya, Mungunshagai Bayarjargal dan Altanshagai Munkhtulga.

Perintah hari ini dikeluarkan oleh Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yassin atas alasan bahawa saman itu tidak mendedahkan punca tindakan yang munasabah.

Peguam keluarga itu, Ramkarpal Singh dalam satu kenyataan menyifatkan keputusan hari ini sebagai mengecewakan dan membayangkan bahawa rayuan akan difailkan di Mahkamah Rayuan.

"Harus diingat bahawa saman plaintif terhadap Azilah Hadri, Sirul Azhar Umar dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda kekal tidak terjejas dengan keputusan ini dan akan diteruskan selepas rayuan tersebut (terhadap kerajaan).

"Kami akan meneruskan rayuan terhadap keputusan tersebut kepada Mahkamah Rayuan bagi pihak keluarga Altantuya, walaupun kami menghormati keputusan Mahkamah Tinggi," katanya.

Saman yang difailkan 10 tahun lalu hanya diteruskan selepas Azilah dan Sirul didapati bersalah oleh Mahkamah Persekutuan, selepas hakim membenarkan rayuan pihak pendakwaan pada 13 Jan 2015, dan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-duanya.

Namun, Sirul telah melarikan diri ke Australia sebelum keputusan itu dihantar. Dia kemudian ditangkap oleh pihak berkuasa Australia dan masih berada di pusat tahanan Imigresen berdekatan Sydney.

Australia berkata mereka tidak akan meluluskan sebarang permohonan untuk mengekstradisi kecuali pihak berkuasa Malaysia menjamin bahawa bekas anggota polis itu tidak akan digantung hingga mati.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS