Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pembantu Azmin diperintah ke SPRM
Diterbitkan:  Aug 29, 2017 10:51 AM
Dikemaskini: 3:55 AM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerintahkan seorang pembantu Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali hadir ke ibu pejabatnya di Putrajaya.

Ia susulan siasatan berkaitan bayaran kontrak Universiti Selangor (Unisel).

“(Saya) menuju ke Putrajaya.

“SPRM perintahkan saya menggunakan Seksyen 30(1)(a) (Akta SPRM 2009) berkaitan siasatan Unisel selepas laporan dibuat oleh Pemuda Umno Kelana Jaya,” kata Yin Shao Loong, pengarah komunikasi strategik Azmin.

Unisel, syarikat negeri Menteri Besar (Diperbadankan) (MBI) dan kontraktor Jana Niaga Sdn Bhd diserbu SPRM genap seminggu lepas.

Ia dipercayai laporan terhadap Azmin dan MBI susulan pertikaian Unisel-Jana Niaga. Kontraktor itu didakwa menerima bayaran daripada Unisel walaupun gagal memenuhi kontrak.

MBI mendakwa pembayaran dibuat susulan proses timbang tara di mahkamah dan mengugut menyaman mana-mana pihak yang menuduh terdapat amalan rasuah dalam isu itu.

Azmin berkata MBI akan bekerjasama dengan SPRM tetapi menegaskan “gangguan” terhadap MBI dan Unisel berlaku akibat rasa cemburu terhadap kejayaan Selangor.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS