Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Menyedihkan jika RCI tanpa keterangan saya'
Diterbitkan:  Sep 2, 2017 10:10 AM
Dikemaskini: 3:09 AM

Bekas Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa terkejutnya dengan keputusan Suruhanjaya Siasatan Di-Raja (RCI) berhubung kerugian matawang asing (forex) Bank Negara tentang sama ada akan dirinya akan dipanggil atau tidak.

Anwar berkata sebagai menteri kewangan ketika kejadian itu, sudah pasti ini bukan suatu keputusan yang sukar untuk dibuat

“Amat menyedihkan jika siasatan ini ditutup tanpa mendengar keterangan saya.

“Oleh kerana sepanjang pendengaran ini diadakan nama saya telah dipetik beberapa kali, maka amatlah mustahak untuk saya dibenarkan memberi keterangan.

“Suruhanjaya ini telah beberapa kali berkata bahawa ianya mahu menegakkan kebenaran dalam isu ini.

“Oleh itu, mereka pasti tahu bahawa cara terbaik adalah dengan membenarkan saksi-saksi kritikal seperti saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad, yang merupakan perdana menteri ketika itu, untuk memberi keterangan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

RCI yang diketuai oleh pengerusinya Tan Sri Mohd Sidek Hassan ditugaskan untuk menyiasat kerugian pertukaran asing Bank Negara yang dikatakan berlaku antara 1980-an dan awal 1990-an.

Pada 30 Ogos lalu, peguam Mahathir, Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan peguam Anwar, Gurdial Singh Nijar memberitahu pemberita bahawa mereka cuba mendapatkan kepastian sama ada kedua-dua pemimpin itu akan dipanggil.

Haniff berkata beliau bertanya kepada pegawai yang terlibat dan mereka tidak mahu mengesahkan atas alasan ini adalah keputusan pesuruhjaya RCI.

Anwar adalah menteri kewangan dari tahun 1991 hingga pemecatannya pada tahun 1998. Mahathir pul menjadi perdana menteri mulai tahun 1981 hingga 2003.

Seorang saksi RCI, bekas timbalan ketua setiausaha Kementerian Kewangan Tan Sri Clifford Francis Herbert memberitahu beliau diarahkan oleh Anwar untuk memeriksa kerugian yang dialami bank pusat berkenaan dan telah memaklumkan ia bernilai kira-kira RM30 bilion.

Seorang saksi lain, bekas penolong gabenor Bank Negara Datuk Abdul Khalid Murad, memberi keterangan bahawa Anwar berkata bahawa dirinya akan meletakkan jawatan jika jumlah sebenar kerugian Bank Negara itu didedahkan.

Anwar walau bagaimanapun menafikannya dan berkata tuduhan itu “palsu, berniat jahat dan tidak adil.”

Menurut Anwar, kenyataan Abdul Murad itu bernada sindiran, berniat jahat dan menunjukkan seolah-olah mahu kerugian dialami Bank Negara ditutup daripada pengetahuan ramai.

Lihat Komen
ADS