Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mustahil bagi PAS tawan 5 negeri, kata Lim
Diterbitkan:  Sep 10, 2017 10:06 PM
Dikemaskini: 2:13 PM

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang berkata kenyataan PAS untuk menawan lima negeri dalam pilihan raya umum akan datang adalah sesuatu yang mustahil untuk dicapai.

"Presiden PAS (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang cakap besar bahawa PAS akan menang lima negeri dalam Pilihan Raya Umum 14, iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Selangor.

"Tiada sebarang kemungkinan PAS menangi Terengganu, Kedah, Pahang dan Selangor walaupun pertanyaan masih terbuka sama ada PAS akan hilang kuasa di Kelantan yang telah dimenanginya dalam enam pilihan raya umum berturut-turut sejak 1999," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Satu-satunya kemungkinan yang ada, kata Lim adalah membentuk kerjasama antara PAS dan Umno.

"Adakah Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Abdul Razak bersetuju untuk membenarkan PAS mentadbir lima buah kerajaan negeri di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Selangor manakala Najib menumpukan kerusi-kerusi parlimen dimenangi Umno - walaupun menang kembali dua pertiga majoriti di parlimen?" soalnya.

Lim mengakui walaupun perkara itu tidak masuk akal namun Pakatan Harapan (HARAPAN) mesti bersedia termasuk di Selangor.

"HARAPAN Selangor mesti memastikan bahawa empat buah parti komponen menang majoriti kerusi-kerusi dewan negeri Selangor untuk terus mentadbir negeri itu walaupun berlaku pertandingan tiga penjuru dengan PAS selaku pengacau," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS