Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wan Azizah: Denda RM116 juta ke atas 1MDB tidak mencukupi
Diterbitkan:  Sep 27, 2017 1:03 PM
Dikemaskini: 9:16 AM

Bank Negara Malaysia dilaporkan telah mendenda 1MDB sejumlah RM115.8 juta kerana gagal mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.

Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata demikian ketika merujuk surat dari bank pusat itu.

Bank Negara menjawap memorandum daripada pemimpin pembangkang itu yang menghantar surat memohon supaya siasatan terhadap skandal 1MDB dibuka semula.

"Secara logik, Bank Negara mendenda 1MDB sebanyak RM115.8 juta, ini bermakna banyak undang-undang yang dicabuli.

"Jelas sekali pencabulan undang-undang dibuat mengikut arahan seseorang kerana 1MDB bukan sejenis makhluk yang bertindak sendiri," kata Wan Azizah pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR hari ini.

Oleh itu, selain tindakan yang diambil di bawah Seksyen 234 (3) (b) Akta Perkhidmatan Kewangan ke atas 1MDB, katanya, tindakan perlu diambil mengikut Seksyen 234 (5) terhadap individu yang bertanggungjawab memberi arahan tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS