Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
K'jaan negeri Selangor gagal periksa balas SPR

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan kerajaan negeri Selangor untuk memeriksa balas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berhubung cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya di negeri itu.

Mahkamah juga memutuskan SPR tidak perlu mengemukakan perincian maklumat berkaitan kod lokaliti dan nama 136,272 pengundi di Selangor semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 1994 dan 2003.

Panel tiga hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Md Raus Sharif yang bersidang bersama Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim sebulat suara menolak permohonan itu atas alasan persoalan undang-undang yang dikemukakan tidak mengandungi isu baharu.

"Ini adalah perkara interlokutori dan nilai ambang di bawah Seksyen 96 Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 ditolak," Md Raus (foto).

Di sebalik keputusan hari ini, pendengaran merit permohonan semakan kehakiman untuk mencabar pelaksanaan persempadanan semula sekarang akan diteruskan, dengan pengurusan kes ditetapkan esok di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur.

SPR juga merayu terhadap injunksi yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi untuk menghalangnya daripada mengemukakan laporan persempadanan semula kepada perdana menteri dengan tidak memasukkan negeri Selangor.

Pada 20 Julai lalu, Mahkamah Rayuan memutuskan SPR tidak perlu mengemukakan perincian maklumat berkaitan kod lokaliti dan nama 136,272 pengundi di Selangor semasa persempadanan semula kawasan pilihan raya pada tahun 1994 dan 2003.

Kerajaan Negeri Selangor yang diwakili oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (foto) memfailkan semakan kehakiman bagi mencabar cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen dan DUN di negeri itu.

Beliau memohon perisytiharan bahawa cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya itu, berdasarkan kajian SPR pada 2016, tidak mematuhi Perlembagan, tidak selaras dengan Fasal 2(c) dan 2(d) Perkara 113 (2) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Persekutuan, serta tidak sah dan terbatal.

Anggota Parlimen Gombak itu juga memohon mendapatkan perisytiharan bahawa kegagalan SPR menggunakan rang daftar pemilih terbaharu dalam urusan persempadanan semula itu adalah tidak selaras dengan Seksyen 3 Jadual Ketiga Belas, oleh itu adalah tidak sah dan terbatal.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS