Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Kerajaan tidak pernah melaksanakan dasar mengenai pengasingan dobi, kata, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini.

"Itu bukan dasar kerajaan kita, tetapi secara individu, orang boleh lakukan apa sahaja yang mereka suka.

"Tetapi tidak ada dasar kerajaan setakat yang kita tahu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bantahan orang ramai terhadap perniagaan dobi khusus untuk Muslim di Muar, Johor.

"Tidak ada dobi berasingan bagi orang Islam dan bukan Islam," katanya semasa sidang akhbar selepas menghadiri majlis perasmian projek pembangunan Pavilion Damansara Heights di Kuala Lumpur.

Tengku Adnan juga menyatakan bahawa Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan agar perkara itu dihentikan, atau dobi berkenaan akan menghadapi risiko ditutup.

Ditanya sama ada beliau akan menyokong cadangan untuk memperkenalkan undang-undang anti-diskriminasi, beliau berpendapat bukan dasar kerajaan untuk memisahkan antara orang Islam dan bukan Islam.

Pada masa yang sama, beliau juga membandingkan isu dobi berkenaan dengan dasar patuh syariah sedia ada yang telah beroperasi tanpa mencetuskan kemarahan yang sama.

"Kita mempunyai hotel yang mematuhi syariah, restoran patuh syariah, restoran halal, jadi apa masalahnya, saya tidak faham," katanya.

Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching sebelum ini menyeru pengenalan undang-undang anti-diskriminasi yang komprehensif sebagai respon kepada isu itu, yang mana ia digambarkan sebagai kes "diskriminasi yang jelas."

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS