Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Wan Azizah: Tian Chua tak salah, tak patut didakwa
Diterbitkan:  Sep 29, 2017 11:47 AM
Dikemaskini: 4:25 AM

Naib Presiden PKR, Tian Chua tidak bersalah dan tidak sepatutnya didakwa kerana enggan mematuhi perintah polis, kata presiden parti itu, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Bercakap kepada pemberita di luar Mahkamah Rayuan pagi tadi, beliau berkata Tian Chua memberitahunya mengenai keputusan untuk menarik balik rayuannya semalam.

"Sedikit terkejut".

"Beliau beritahu semalam bahawa beliau bersedia ke penjara," katanya di luar mahkamah selepas mahkamah rayuan mengekalkan hukuman penjara sebulan ke atas Tian Chua.

Wan Azizah menyifatkan hukuman penjara terhadap anggota parlimen Batu itu sebagai tidak adil.

"Ini sebenarnya tragedi untuk undang-undang, yang sepatutnya digunakan untuk menjaga kita, digunakan dengan cara ini untuk melayani ahli politik pembangkang.

"Saya harap semua orang akan berdoa untuknya," katanya.

Sementara itu, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah yang berada di mahkamah untuk memberi sokongan kepada Tian Chua, menggesa rakyat Malaysia supaya tidak melepaskan hak mereka untuk mengundi dalam pilihan raya umum akan datang.

"Mesej kepada semua orang adalah kita mesti memilih apa yang betul dan benar, kita tidak sepatutnya melepaskan undi kita, maka kita boleh mengubah sistem yang tidak adil."

Terdahulu hari ini, Tian Chua menarik balik rayuannya dalam pertuduhan yang dikenakan terhadapnya kerana enggan mematuhi perintah polis untuk meninggalkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) pada tahun 2012.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS