Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Iron lady' meninggal dunia
Diterbitkan:  Oct 4, 2017 7:14 PM
Dikemaskini: 11:18 AM

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Securiforce Sdn Bhd Datuk Maznah Hamid atau lebih dikenali sebagai 'Iron Lady' meninggal dunia hari ini.

Anaknya Datin Nur Sharmila Shaheen menerusi pesanan Whatsapp berkata, Maznah meninggal dunia pada pukul enam petang tadi di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Maznah, 62, mula dimasukkan ke IJN untuk menjalani rawatan sejak 18 September lalu.

Selepas menjalani pembedahan jantung pada 29 September lalu, beliau mengalami komplikasi pendarahan dalaman dan diletakkan dalam jagaan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Nur Sharmila berkata lagi, jenazah akan dibawa pulang ke rumah Maznah di Ampang, Selangor pada jam 10 malam ini, dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur, petang esok.

Selain aktif dalam politik, Maznah turut dikenali sebagai pakar motivasi dan sering muncul di kaca televisyen.

Lihat Komen
ADS