Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Umno tak setuju aksi pecah botol arak Jamal, kata Zahid

Umno tidak menyetujui tindakan Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos, kata pemangku tmbalan presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau merujuk aksi Jamal di hadapan bangunan Sekretariat Negeri Selangor di Shah Alam semalam, di mana beliau memecahkan puluhan botol arak sebagai membantah penganjuran pesta arak di negeri itu.

"Kami tidak menyetujui tindakannya itu," katanya pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini selepas merasmikan Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Membasmi Kemiskinan ke-10.

Namun, menurut Zahid, selain menjadi ketua bahagian, Jamal juga adalah pemimpin NGO.

"Dia juga merupakan pengerusi sebuah NGO, dia salah seorang daripada 191 ketua bahagian. 190 ketua bahagian yang lain tak pecahkan apa-apa," katanya.

Jamal ditangkap awal pagi ini berkaitan aksinya memecahkan botol arak itu.

Pagi semalam, Jamal bersama kira-kira 20 penyokongnya membawa beberapa peti minuman keras dan memecahkannya dengan tukul besi di hadapan bangunan itu, sebagai membantah sebarang penganjuran pesta arak di Selangor.

Polis mengesahkan kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana berhimpun secara haram.

Jika didapati bersalah, Jamal berdepan dengan hukuman penjara enam bulan, atau denda, atau kedua-duanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS