Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Dakwaan fitnah: Khalid mahu heret bos IKSIM ke mahkamah

Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang penceramah di program anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Anggota Parlimen Shah Alam itu mendakwa Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (Iksim), Prof Datuk Mahamad Naser Disa membuat kenyataan fitnah terhadapnya.

Khalid berkata peguamnya telah menyerahkan surat tuntut dan mendesak Mahamad Naser menarik balik kenyataannya yang dibuat pada 28 September lalu di sebuah masjid di Bukit Jelutong dalam masa 14 hari.

"Ini (kenyataannya) jelas berbaur politik.

"Sultan Selangor sendiri telah berkali-kali bertitah supaya kita tidak membawa politik dalam masjid," kata anggota parlimen itu ada sidang akhbar di pusat khidmatnya di Shah Alam.

Khalid khususnya merujuk kepada pembentangan Mahamad Naser yang bertajuk “Kedaulatan Islam di Malaysia Diancam Pengembangan Doktrin Palsu” di mana pemimpin AMANAH itu dituduh tidak mahu menyokong cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS