Prof Ramasamy timbang saman UKM
Terjemahan Kelas terakhir Prof P Ramasamy ialah pada Khamis lalu selepas perkhidmatannya secara kontrak di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditamatkan mulai 27 Ogos.
Terjemahan Kelas terakhir Prof P Ramasamy ialah pada Khamis lalu selepas perkhidmatannya secara kontrak di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ditamatkan mulai 27 Ogos.
Namun, ketika ditemui Rabu lalu, beliau kelihatan relak di pejabatnya yang terletak di tingkat lima Pusat bagi Pengajian Strategic, Sejarah dan Sains Politik UKM.
"Saya telahpun memindahkan sebahagian besar buku saya, balik ke rumah," kata beliau yang sudahpun bertugas di universiti itu selama 25 tahun.
Jelas, ia merupakan sesuatu yang amat menyedihkan bagi profesor sains politik ini untuk mengucapkan 'selamat tinggal' kepada kampus UKM tempat beliau mengajar selama suku abad. Lebih menyedihkan lagi, beliau akan meninggalkan para pelajarnya yang masih sibuk dengan pengajian mereka.
Prof Ramasamy bersara daripada universiti tersebut Mac lalu ketika beliau merayakan hari jadinya yang ke-56 tahun.
Bagaimanapun, beliau diberi kontrak bulanan untuk terus mengajar di universiti tersebut sehingga bulan Mei 2007, bergantung kepada kelulusan pihak pentadbirannya serta Jabatan Pengajian Tinggi.
Bulan lalu, kontraknya ditamatkan secara mengejut, menyebabkan para pelajarnya kini dalam keadaan tidak menentu. Tiada alasan yang diberikan oleh pihak universiti mengenai sebab kontraknya ditamatkan.
Terdapat 12 pelajar peringkat PhD dalam penyeliaannya. Dan kini terpaksalah mencari pensyarah lain untuk menyelia penyelidikan mereka. Bagaimanapun, penggantinya mungkin tidak memiliki kepakaran yang ada pada Prof Ramasamy.
Tindakan undang-undang
Prof Ramasamy mempunyai reputasi di peringkat antarabangsa sebagai seorang pakar dalam pengajian di bidang pergerakan pertubuhan pembebasan kebangsaan dan mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Tamil Tigers (foto dengan pemimpin LTTE) di Sri Lanka dan di wilayah Aceh.
Keran itu, tidaklah memeranjatkan apabila ada kalangan pelajarnya datang daripada Aceh.
Pada tahun 2003, beliau dilantik menganggotai Jawatankuasa Halehwal Perlembagaan Sri Lanka untuk membantu mendraf cadangan berhubungan pentadbiran awal di wilayah Sri Lanka.
Beliau juga menjadi pemerhati di rundingan damai mengenai Aceh yang diadakan di Helsinki (foto) yang dianjurkan oleh badan bukan kerajaan Crisis Management Initiative.
Prof Ramasamy mengesyaki keputusan untuk menamatkan kontraknya itu ada kaitan dengan pembabitannya di dalam proses damai di Aceh, di mana beliau turut menghadiri salah satu rundingan awal tersebut.
Rundingan tersebut telah membawa kepada penandatangani perjanjian damai antara pihak pejuang pemisah Aceh dengan kerajaan Indonesia pada 15 Ogos lalu, yang sekaligus menamatkan perang yang mengorbankan kira-kira 16,000 nyawa.
Prof Ramasamy tidak merayu terhadap keputusan UKM itu, tetapi telah mendapat nasihat peguamnya sama ada untuk menyamakan pihak universiti kerana memecatnya secara tidak adil.
"Saya mengambil tindakan undang-undang. Bukan sangat kerana saya mahu diambil bertugas semula, tetapi saya mahu mengetengahkan hakikat bahawa apa yang mereka lakukan itu, tidak boleh diterima," katanya kepada malaysiakini.
Aktif politik
Dan Prof Ramasamy tidak bercadang untuk terus bersara. Sebaliknya beliau bercadang untuk menyertai sebuah parti politik.
"Saya akan membabitkan diri dalam politik pembangkang," katanya. Dan beberapa buah parti politik sudahpun mempelawa beliau menyertai mereka.
Buat masa ini , beliau tidak akan bercakap mengenainya sehinggalah beliau membuat pilihannya nanti.
"Saya rasa kita perlu membuat lebih banyak 'bising' di negara ini," katanya berhubung keputusannya untuk lebih aktif dalam politik.
Apabila ditanya sama ada Parti Reformasi Insan Malaysia (Prim) serpihan parti pembangkang PKR memandangkan beliau sudahpun menjadi presidennya, Prof Ramasamy terus ketawa, dan berkata:
"Bukan, ini Prof P Ramasamy yang lain. Beliau tinggal di Sabah. Beliau adalah pensyarah bio-kimia dari Universiti Malaya dan menjadi presiden Prim. Beliau kini bertugas sebagai seorang profesor di Universiti Sabah. Saya tidak pernah terbabit dalam Prim, walaupun saya mengenai ahli-ahlinya."


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.