Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Azmin tanya Zahid: Kena marah dengan bos ke?
Diterbitkan:  Oct 24, 2017 9:58 AM
Dikemaskini: 2:02 AM

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menjadi bahan gurauan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berhubung kenyataan timbalan perdana menteri itu mengenai Jho Low semalam.

Menggunakan Twitter Azmin mendakwa Ahmad Zahid cuba memutar belit fakta mengenai ahli perniagaan muda yang dikaitkan dengan skandal 1MDB itu.

Namun kata Azmin usaha Ahmad Zahid itu hanya akan "sia-sia".

"Cuba tengok transkrip. Sekarang siapa memalsukan berita?" katanya.

Tidak cukup dengan itu Azmin yang juga timbalan presiden PKR mengusik Ahmad Zahid: "Zahid oh Zahid. Kena marah dengan bos ke?"

Beliau kemudian memuat naik rakaman video sesi soal jawab berkenaan.

 

 

Azmin sebelum itu mengemukakan soalan di Dewan Rakyat berhubung status Jho Low kepada Ahmad Zahid.

Kata Ahmad Zahid Malaysia sudah meminta bantuan Interpol bagi mengesan Jho Low sebelum ini namun tidak mendapat sebarang maklumat terperinci mengenainya.

Beliau yang juga menteri dalam negeri kemudian mendakwa kenyataan itu dimanipulasi.

"Jawapan timbalan perdana menteri ketika di sidang parlimen pagi ini (semalam) ke atas soalan tambahan Gombak jelas menyatakan bahawa tiada kes untuk disabitkan," kata kenyataan dikeluarkan Ahmad Zahid.

Pada Ogos lalu Azmin mengemukakan surat tuntutan kepada ketua polis negara ketika itu, Tan Sri Khalid Abu Bakar supaya PDRM menahan dan membawa pulang Jho Low ke negara ini.

Namun permohonan berkenaan ditolak mahkamah tinggi bulan ini selepas hakim membenarkan bantahan awal dikemukakan Pejabat Peguam Negara yang mewakili polis.

Sementara itu Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua menganggap penafian itu sebagai pusingan U dibuat oleh Ahmad Zahid.

Justeru katanya Ahmad Zahid wajar membuat penjelasan di Dewan Rakyat.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS