Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
ADUN: Tengok macam mana PM S'pura jumpa Trump
Diterbitkan:  Oct 25, 2017 12:57 PM
Dikemaskini: 4:59 AM

Seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP membandingkan kunjungan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong ke Amerika Syarikat dengan kunjungan Datuk Seri Najib Razak bulan lepas.

Dalam kenyataannya hari ini, Howard Lee antaranya membangkitkan bagaimana Hsien Loong dilayan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Ini katanya termasuk pertemuan dan makan tengah hari di pejabat Trump di Rumah Putih serta penganjuran sidang media bersama di Rose Garden yang biasanya menjadi tempat sidang media bersama tetamu luar.

“Sebagai bukan seorang peminat PM Lee dan partinya, perit untuk saya akui dia melakukannya dengan rendah hati tetapi megah.

“Dan dengan persaingan kiasu Malaysia-Singapura, saya dengan berat hati mengakui Singapura telah menang berbanding Malaysia,” kata wakil rakyat Pasir Pinji itu.

Media Singapura melaporkan lawatan Hsien Loong bermula semalam berjaya mempertegaskan hubungan dua hala antaranya dalam bidang ekonomi dan pertahanan.

Kedua-dua pemimpin itu menyaksikan pemeteraian perjanjian antara syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) dengan syarikat pengeluar pesawat Boeing bagi pembelian 39 pesawat bernilai hampir AS$14 bilion ($19 bilion).

[Baca tulisan penuh Howard]

Lihat Komen
ADS