Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
JDT beri duit kemenangan Piala Malaysia kepada mangsa banjir
Diterbitkan:  Nov 6, 2017 9:38 PM
Dikemaskini: 2:07 PM

Kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) akan memberikan duit hadiah kemenangan Piala Malaysia yang dimenangi Sabtu lalu kepada mangsa banjir Pulau Pinang.

Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim mengumumkan perkara itu melalui laman Facebook Johor Southern Tigers.

“Menjunjung titah DYAM Tunku Mahkota Johor, antara polisi Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah untuk memberi bantuan dan sumbangan kepada yang memerlukan sepertimana sebelum ini kepada mangsa bencana banjir di Pahang dan Kelantan serta mangsa bencana gempa bumi di Sabah.

“Banyak bantuan yang telah kami berikan kepada kerajaan negeri dan JDT akan terus melakukan perkara yang sama. Kelab JDT dan para pemain telah membuat keputusan untuk memberi duit kemenangan Piala Malaysia yang kami menangi kepada mangsa bencana banjir di Pulau Pinang,” kata kenyataan itu.

Sabtu lalu, JDT menjuarai Piala Malaysia selepas mengalahkan penyandang juara musim lalu Kedah 2-0 pada aksi akhir di Stadium Shah Alam, Selangor.

Kebanyakan kawasan di Pulau Pinang terjejas ekoran hujan lebat pada 4 dan 5 Nov lalu yang menyaksikan bencana banjir antara yang paling teruk pernah terjadi di negeri itu.

Lihat Komen
ADS