Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pua: Ongkili buktikan dakwaan Najib tak berasas
Diterbitkan:  Nov 14, 2017 1:03 PM
Dikemaskini: 5:11 AM

Jawapan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus bahawa 1MDB tidak mempunyai peranan dalam mengurangkan tarif atau kos elektrik membuktikan dakwaan perdana menteri "tidak berasas", kata anggota parlimen DAP, Tony Pua hari ini.

Pua berkata Datuk Seri Najib Razak dalam tulisan di blog sebelum pengumuman Bajet 2018 mendakwa penglibatan 1MDB dalam rundingan semula perjanjian pembelian tenaga (PPA) telah memberikan penjimatan besar-besaran bagi rakyat Malaysia.

Najib berkata penyertaan 1MDB dalam industri tenaga telah menjimatkan RM200 bilion dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Bagaimanapun, Ongkili di Parlimen minggu lepas mengatakan bahawa ketiadaan semakan tarif elektrik sejak 2012 tidak mempunyai kaitan dengan pemerolehan 1MDB terhadap tiga loji janakuasa - Tanjong Energy, Genting Sanyen dan Jimah.

"Ongkili kini telah mengatakan dengan jelas di Parlimen bahawa dakwaan Najib adalah benar-benar tidak masuk akal.

"Bukan hanya menteri yang menyatakan tanpa keraguan bahawa penyertaan 1MDB tidak mempunyai kesan ke atas tarif atau kos tenaga, beliau menambah bahawa penjimatan kos yang Najib kaitkan dengan 1MDB tidak ada kena mengena dengannya," kata Pua.

Pua berkata Ongkili juga mengatakan bahawa kadar faedah yang lebih rendah sebanyak RM6 setiap kilowatt selama 48 bulan yang memberikan penjimatan RM1.6 bilion adalah syarat dalam tender yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

"Ia sememangnya bukan kerana kemurahan hati 1MDB.

"Kami berterima kasih kerana Najib akhirnya mengakui bahawa penjana tenaga bebas itu dibenarkan mendapat keuntungan dari kerajaan BN," tambah Pua.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS