Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
ADUN persoal Jamal hadir acara sekolah
Diterbitkan:  Nov 25, 2017 3:44 PM
Dikemaskini: 7:54 AM

Anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) Cempaka Datuk Iskandar Abdul Samad mempersoalkan Datuk Seri Jamal Md Yunos yang dikatakan hadir ke acara di sebuah sekolah di kawasan DUN itu pagi tadi.

Beliau berkata ibubapa kepada pelajar sekolah itu wajar menyuarakan bantahan kerana Jamal adalah individu kontroversi dan bukannya teladan yang baik untuk anak-anak mereka.

Beliau membangkitkan beberapa gimik politik Jamal sebelum ini seperti memecahkan botol arak di depan Bangunan Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor, membawa van jenazah ke sana sehingga mengganggu urusan rasmi dan berdemonstrasi dengan hanya bertuala.

"Sebelum ini beliau terlibat dengan tindakan ganas... Maka wajar para ibubapa membantah kehadiran Jamal di sekolah tersebut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Malaysiakini tidak dapat mengubungi sekolah tersebut ekoran cuti yang masih berlangsung, manakala Jamal sedang dihubungi untuk mengulas perkara ini.

Menurut Iskandar, kehadiran Jamal itu untuk meraskimkan program khatan perdana anjuran Pemuda Umno Bahagian Pandan. Beliau turut melampirkan beberapa gambar yang menunjukkan poster acara itu.

Dalam pada itu, beliau yang juga naib presiden PAS menyifatkan kerajaan bersikap pilih kasih dengan membenarkan Umno mengadakan acara di dalam sekolah tetapi pada masa sama menghalang pemimpin pembangkang, walaupun atas kapasiti kerajaan negeri.

"Sebelum ini kami menerima laporan seorang guru diberikan surat tunjuk sebab, kononnya membawa pemimpin kerajaan negeri ke dalam sekolah.

"Sikap pilih kasih tidak sepatutnya dimiliki kementerian dan jabatan yang bertanggungjawab ke atas generasi yang menjadi harapan negara di masa akan datang," katanya lagi.
 

Lihat Komen
ADS