Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
SPRM: Tangkapan anak saudara Azmin tiada motif politik

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Dzulkifli Ahmad menafikan penangkapan anak saudara Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali bermotifkan politik.

Beliau memberitahu wartawan di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini bahawa tindakan SPRM itu dibuat secara profesional dan tanpa sebarang pertimbangan politik.

"Apa-apa tindakan yang kita ambil itu adalah berdasarkan maklumat yang kita terima, dan apabila mempunyai asas pada maklumat, maka kita menjalankan siasatan, jadi bebas dari pengaruh politik, atau sabotaj yang dinyatakan tersebut.

"Ini saya nak tegaskan. Kita harus bersikap profesional. Biar MACC jalankan tugas dan tanggungjawab siasatan. Biar kami selesai siasat dan siasatan tengah berjalan. Mereka telah ditahan reman. Kita tunggulah apa yang berlaku minggu depan," kata beliau apabila ditanya berkenaan dakwaan motif politik disebalik penangkapan itu.

Anak saudara Azmin berusia 34 tahun itu ditangkap bersama tiga lagi suspek pada 29 November lalu atas tuduhan terlibat dalam kegiatan melombong pasir di Selangor.

Syarikat perlombongan pasir itu dituduh merasuah pegawai majlis tempatan di Kajang tempat ia beroperasi.

Bagaimanapun, pejabat MB dan Azmin sendiri menyatakan ia suatu konspirasi bagi pertunjukan Persidangan Agung Umno yang bakal berlangsung minggu depan.

Pada 30 November lalu, Azmin dilaporkan mengajukan persoalan bagaimana blogger Umno dapat mendedahkan maklumat kes itu sebelum SPRM mengambil tindakan.

Namun demikian pada hari ini, ketua SPRM membidas pengkritik suruhanjaya itu yang disifatkan beliau sebagai lantang tetapi menjadi sebahagian daripada 'wabak rasuah.'

Lantang, tiba-tiba menikus

"Contoh saya katakan, kita lantang kadang-kadang mempertikaikan atau mengkritik SPRM kenapa tidak mengambil tindakan itu dan ini, tetapi apabila ditahan di jalan oleh penguatkuasa, dan penguatkuasa nak kata apa?

"Nak settle di sini atau nak settle di mahkamah, maka orang yang lantang itu tiba-tiba menjadi tikus dan menyatakan bahawa settle di sini. Settle di sini itu rasuahlah namanya," kata Dzulkifli.

"Jadi kita berharap masyarakat Malaysia apabila berhadap dengan isu tersebut mengatakan tidak. No. Kalau saya salah, settle di mahkamah, bukan settle dengan pegawai penguatkuasa," kata beliau berucap kepada sekumpulan 60 anggota NGO Persatuan Graduan Muda Malaysia (Graduan).

Graduan mengadakan kunjungan ke ibu pejabat SPRM dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah SPRM.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS