Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPR dapat izin ketepi perintah mahkamah tinggi

Mahkamah Rayuan di Putrajaya hari ini membenarkan permohonan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengetepikan arahan penangguhan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menghalang mereka mengadakan sesi siasatan setempat berhubung bantahan persempadanan semula di Selangor.

Dua daripada tiga hakim yang mendengar permohonan itu memberi kebenaran kepada SPR manakala seorang lagi menolak.

Dua hakim yang menerma permohonan terbabit ialah Tan Sri Idrus Harun dan Datuk Yaacob Md Sam, manakala yang menolak ialah Datuk Rhodzariah Bujang.

Keputusan berkenaan dicapai ketika ruang awam Istana Kehakiman itu dikosongkan selama kira-kira 40 minit kerana satu latihan kebakaran dijalankan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS