Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'Kami tak akan saman Cikgu Azizan'
Diterbitkan:  Dec 20, 2017 8:44 AM
Dikemaskini: 2:05 AM

Bapa murid yang ditampar Azizan Manap, 44, atau Cikgu Azizan, menafikan pihaknya akan memfailkan saman terhadap guru terbabit, susulan keputusan mahkamah semalam.

Menurut laporan Harian Metro semalam, lelaki berusia 50 tahun itu berkata ia mungkin timbul akibat salah faham antara isterinya dengan wartawan yang membuat laporan itu.

“Tindakan itu (saman) bukan sebahagian daripada apa yang kami mahu laksanakan buat masa ini. Mungkin berlaku salah faham atau kekeliruan ketika isteri ditemui wartawan itu (bukan dari kumpulan NSTP).

“Kami amat tertekan sekarang ini dan trauma. Tumpuan kami adalah mahu pulih daripada tekanan,” katanya seperti dipetik.

Mahkamah Majistret Seremban semalam melepas tanpa membebaskan guru Sekolah Kebangsaan Taman Semarak, Nilai itu, daripada pertuduhan mencederakan muridnya ekoran masalah disiplin, pada Oktober lalu.

Utusan Malaysia semalam melaporkan, ibu murid itu yang hanya mahu dikenali sebagai Mas berkata kecewa dengan keputusan mahkamah dan sedang menimbang untuk memfailkan saman sivil terhadap guru tersebut.

Beliau juga mendakwa mempunyai bahan bukti anaknya itu mengalami kecederaan serius, termasuk gambar dan laporan perubatan.

Menurut laporan Harian Metro lagi, bapa murid itu mendakwa menerima banyak tekanan daripada pihak luar ekoran itu itu dan belum sedia untuk memberikan penjelasan.

Namun, katanya lagi, pihak keluarga mungkin akan mengadakan sidang media hari ini.

Isu 'Cikgu Azizan' mula tular di laman sosial hujung minggu lalu dengan ramai pihak menyuarakan sokongan kepada Azizan.

Semalam, kira-kira 300 guru berhimpun di mahkamah sebagai tanda sokongan kepadanya.

Lihat Komen
ADS