Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Annuar cari makan, Dr M menang dua pertiga lima PRU’

Rekod pencapaian Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya mendapat majoriti dua pertiga pada semua lima pilihan raya umum sepanjang 22 tahun beliau menjadi perdana menteri membuktikan bahawa kenyataan Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa terhadapnya adalah salah.

Anggota majlis tertinggi BERSATU Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff mengulas kenyataan Annuar yang mendakwa bahawa orang Melayu tidak pernah benar-benar menyokong Mahathir walaupun semasa beliau menerajui negara.

"Mahathir menerajui lima pilihan raya umum, dalam semua lima pilihan raya itu, beliau menang dengan majoriti dua pertiga, ini membuktikan kemampuannya mentadbir negara dan menyatukan rakyat.

"Saya fikir Annuar cuba cari makan. Beliau membincangkan hal-hal di luar bidang logik," kata Rais pada sidang akhbar di ibu pejabat BERSATUdi Petaling Jaya hari ini.

Menurutnya, kejayaan Dr Mahathir dalam lima pilihan raya itu cukup untuk mempamerkan kepimpinan Mahathir pada masa itu.

Sementara itu, anak lelaki Mahathir, Datuk Seri Mukhriz, yang juga adalah timbalan presiden BERSATU yang hadir sama pada sidang akhbar hari ini hanya tertawa apabila diminta mengulas kenyataan Annuar.

"Dia boleh berkata apa sahaja yang dia suka tapi itu kata-kata yang datang daripada ketua penerangan Umno," kata Mukhriz.

Mengimbas pengalamannya sendiri ketika bersama Dr Mahathir, Annuar pada Rabu lalu berkata, beliau berdepan kesukaran meyakinkan pengundi Melayu untuk menyokong bekas perdana menteri itu.

Orang Melayu yang ikut Mahathir adalah orang Melayu yang ikut kerana Umno-nya, bukan Mahathir-nya, kata beliau.

Ahli Parlimen Ketereh juga percaya bahawa segelintir yang menyokong Mahathir ketika itu tidak lagi akan menyokong beliau hari ini.

Lihat Komen
ADS