Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Ambil amah secara langsung ada risiko'
Diterbitkan:  Jan 2, 2018 5:02 PM
Dikemaskini: 9:06 AM

Sistem pengambilan pembantu rumah atas talian yang baru diperkenalkan kerajaan tidak akan menyebabkan pertambahan 'bilangan besar' pembantu rumah kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Jelas Nur Jazlan, ia ekoran sekatan yang dikenakan Indonesia dan Filipina terhadap pengambilan langsung rakyat mereka untuk bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini.

Indonesia dan Filipina merupakan dua negara yang menjadi sumber terbesar pengambilan pekerja pembantu rumah di Malaysia.

"Pada pendapat saya, (dengan) pengambilan langsung ini, bilangannya tidak akan jadi sangat besar kerana orang (majikan Malaysia) masih rasional untuk menggajikan pembantu rumah.

Tak terlatih

"Kecuali anda (majikan) mahu mengambil risiko (dengan mengambil pekerja pembantu rumah yang berpotensi secara terus tanpa ejen)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Selain itu, beliau turut menegaskan, terdapat risiko yang akan dihadapi sekiranya mengambil pembantu rumah secara langsung antaranya mereka tidak terlatih dengan baik atau fizikal mereka tidak sesuai untuk bekerja.

Katanya, sebelum ini ia merupakan tanggungjawab yang dilakukan oleh pihak ejen untuk merekrut pembantu rumah di dua negara berkenaan.

"Kerajaan hanya bertindak balas terhadap permintaan dan tuntutan rakyat yang mahu kurangkan kos pengambilan pekerja.

"Tetapi ini adalah risiko yang perlu mereka hadapi," katanya lagi.

[baca berita asal​]

 

Lihat Komen
ADS