Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umur 93 tahun, dia dah melalutlah tu - Najib
Diterbitkan:  Jan 15, 2018 6:29 PM
Dikemaskini: 10:38 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad sudah menyimpang daripada perjuangan asalnya dan “tidak mahu bersara”.

Tanpa menyebut nama bekas mentornya itu, Najib menggesa pesara polis bersedia membenarkan pemimpin muda mengambil alih dan jangan mengikut jejak “pemimpin berusia 93 tahun”.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Pesara Polis bersama Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Ahli Parlimen Pekan itu turut mendesak pesara polis menunjukkan sokongan kepada pemimpin kerajaan walaupun selepas bersara.

“Kita kena berjuang; tugas kita belum selesai.

“Jangan pula jadi macam seorang tu. Umur dah 93 tahun, tidak mahu bersara. Dia dah melalutlah tu,” kata Najib seperti dilaporkan Themalaysianinsight.

Najib menegaskan sokongan veteran sangat penting kepada kerajaan sekarang dan menggesa mereka supaya tidak terpengaruh dengan isu yang dipolitikkan.

“Saudara-saudara sekalian, kita perlu sumbang kepada masa depan negara dengan cara kita sendiri. Jadi pulanglah ke kampung dan sokonglah kerajaan,” katanya.

Lihat Komen
ADS